kerusi roda

kerusi roda

Sunday, December 26, 2010

kerusi roda

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia, Hari ini matahari telah memancarkan sinarnya.Hembusan bayu terasa dingin dan menyegarkan. Syukur pada Allah, hari ini masih bernafas,melihat ,merasa dan mendengar segala nikmat Allah........yang terlalu banyak. Setelah hampir 14 bulan BERKERUSI RODA selepas peristiwa kemalangan pada 18 Nov 2009 rasnya terlalu banyak benda yang hendak dikongsi bersama..YANG PASTI SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMATNYA.Jutaan terima kasih kepada suami yang begitu banyak berkorban tenaga dan wang ringgit, anak-anak Adik,Kakak,Amin,Acik,Angah dan abang yang sanggup MENGASUH ibunya tanpa mengenal penat dan lelah serta tabah menghadapi segala kesulitan dan ketidak sempurnaan dengan penuh kasih sayang.Hanya doa dan air mata yang dapat ibu lahirkan. Hari ini angah sudah ke Kota Tinggi pada pukul 7 00 pagi. Dia masih sempat siapkan  nasi lemak dan roti bakar untuk sarapan. Rutin harian menjadi seperti biasa.Kakak mengemas dapur dan ruang tamu. Adik bahagian kain. Ayah buang sampah dan beli barang keperluan dan ibu hanya mampu melipat kain.Hari ini kakak dan adik akan memasak, ibu hanya mampu memerhati dan jadi tempat rujuk. Ibu tidak mampu lagi berdiri sendiri yang pasti SUATU HARI ibu akan dapat berjalan dan berlari seperti biasa.